2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
b9e48012-e289-4f38-8336-06396f1295b6.jpg
Info Semasa

Hartawan Perancis dalangi eksploitasi pemerdagangan dan penderaan seksual kanak-kanak

TANGIERS: Pihak berkuasa Maghribi memberkas suspek ketujuh yang didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan dan penderaan seksual yang dihadapi taikun insurans Perancis, Jacques Bouthier.

Selain itu, seorang lagi wanita tampil sebagai individu ketujuh yang memfailkan kes terhadap Bouthier.

Bouthier, 75, merupakan seorang daripada lelaki terkaya di Perancis, ditahan di Paris kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan dan rogol kanak-kanak.

Lelaki itu dan sejumlah pekerjanya juga disiasat oleh pihak berkuasa Maghribi berhubung dakwaan melakukan pemerdagangan manusia, gangguan seksual dan keganasan moral serta lisan.

“Secara keseluruhan, sebanyak tujuh kes dibuka terhadap Bouthier dan mereka yang didakwa bersubahat dengannya di Maghribi.

“Kebanyakan mangsa lelaki itu sudah tidak mahu berdiam diri lagi dan lebih ramai akan tampil membuat pendedahan,” kata peguam, Abdelfattah Zahrach dalam sidang media.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam, Aicha Guella daripada Persatuan untuk Hak Mangsa Mahgribi berkata, suspek ketujuh yang ditahan merupakan rakyat Perancis dan kini direman sebelum dijadualkan bertemu dengan pendakwa raya.

Terdahulu, lima pekerja syarikat insurans bawah kendalian Bouthier, ditahan di Tangiers pada 6 Julai lalu, manakala suspek keenam sudah didakwa tetapi dibebaskan.

Mangsa penderaan seksual di negara ini sering berdepan stigma sosial, namun lima wanita muda tampil pada siang media dengan memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikan identiti mereka.

Kebanyakan mangsa mendakwa mereka berulang kali mengalami gangguan seksual dan ugutan antara 2018 dan tahun ini, selain sering diugut untuk dibuang kerja.

Sebelum ini, pendakwa raya Perancis mendakwa dua lelaki pada bulan lalu, termasuk pegawai polis yang berkaitan dengan kes eksploitasi seks yang dihadapi Bouthier.

Sementara itu, Bouthier juga berdepan pertuduhan merancang penculikan dan memiliki sejumlah bahan pornografi kanak-kanak.

Sumber: Utusan