Info Semasa
Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.
Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.
Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.
Ia turut dikongsikan warga media sosial.
586