FILIPINA DILANDA GEMPA BUMI 5.9 SKALA MAGNITUD
MANILA, 2 JULAI – Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina (Phivolcs) melaporkan bahawa kejadian gempa bumi berukuran 5.9 magnitud telah menggegarkan wilayah Bohol di tengah Filipina hari ini.
Agensi itu turut menyatakan gempa pada jam 12.59 pagi waktu tempatan, berlaku pada kedalaman 551 kilometer, kira-kira 41 kilometer ke tenggara bandar Lila.
Dalam perkembangan yang sama, tiada laporan kematian atau kerosakan diterima.
Menurut institut itu, gegaran juga dirasakan di Borongan City, ibu negeri wilayah Eastern Samar.
Ia juga menjangkakan gegaran susulan akan berlaku.
Sumber: Berita Harian
367