2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

BAYI DAN KANAK-KANAK MYANMAR ANTARA MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA

SONGKHLA, 2 JULAI – Polis Thailand menyelamatkan 20 warga Myanmar termasuk seorang bayi dan lima kanak-kanak dipercayai mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah kedai di Padang Besar, Sadao, Songkhla pada Sabtu lalu.

 

Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-kanak, Wanita, Keluarga dan Anti-pemerdagangan Manusia, Jeneral Polis Suchat Theerasawat memaklumkan bahawa bunyi tangisan suara bayi menangis dan jeritan kanak-kanak selama beberapa hari di rumah kedai yang ditinggalkan membawa kepada penemuan kes tersebut.

 

Ketua Operasi Menyelamat, Suchart yang berasa terkejut apabila pihaknya mendapati sekumpulan pelarian yang lemah dan lapar telah dikunci dalam rumah kedai itu.

 

“Apabila tiba, kami mendengar wanita dan kanak-kanak menangis di dalam.

 

“Setelah memasuki rumah kedai itu, kami mendapati 20 daripada mereka iaitu sembilan lelaki, lima wanita dan bakinya kanak-kanak berumur antara enam dan 14 tahun manakala seorang bayi berusia setahun tiga bulan, berada dalam keadaan sesak.

 

Tambahnya, mereka dikatakan dikunci selama sekurang-kurangnya lima hari di situ tanpa makanan dan minuman.

 

“Polis percaya mangsa dikunci di situ sementara menunggu untuk masuk ke sempadan Malaysia. “Polis kini memburu dalang sindiket pemerdagangan manusia itu,” ujarnya.

 

Sumber: BERNAMA