2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789

Bantuan Kecemasan

RM40,086 of RM20,000 raised

Kempen Bantuan Kecemasan ini adalah sebagai satu langkah aktif Serantau Muslim bagi menyalurkan bantuan dalam kadar segera kepada mangsa-mangsa bencana sekiranya berlaku bencana alam yang tidak dijangka mahupun situasi kecemasan.

Bantuan kecemasan sebagai dana sedia ada yang dikumpul bagi digunakan untuk menampung sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana sama ada dari dalam atau luar negara.

Selain itu, dengan adanya dana terkumpul ini diharapkan dapat terus membantu lebih ramai mangsa bencana yang terkesan dan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat.

Antara misi bantuan kecemasan yang pernah dijalankan adalah :

  • Malaysia (Kebakaran, Banjir)
  • Selat Sunda, Palu, Lombok (Gempa Bumi, Tsunami)
  • Lubnan (Letupan)
  • Filipina (Kebakaran)
  • Pakistan (Banjir)

Dan bentuk bantuan yang pernah disampaikan adalah :

  • Pek Makanan
  • Ubat-Ubatan
  • Hygiene Kit
  • Trauma Healing
  • Pakaian
  • Peralatan Kebersihan
  • Dan lain-lain bantuan yang diperlukan mengikut situasi semasa

Diharapkan denga wujudnya kempen ini, dapat mempercepatkan proses penyaluran bantuan buat mereka yang terkesan akibat bencana yang melanda.

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Kiamat”. (HR – Muslim)

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM10