2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BENAR WANITA SOLAT SELEPAS 24 TAHUN

Peshawar, 13 Mac – Selepas 24 tahun, sebuah masjid di Pakistan kembali membenarkan wanita menunaikan solat di situ.

Memetik portal Gulf News, hampir 20 wanita dilihat menunaikan solat Jumaat selepas pengurusan Masjid Sunehri mengumumkan berita baik itu.

Lapor Dawn News, pegawai masjid itu berkata, selepas ini, golongan wanita juga dibenarkan menunaikan solat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Imam masjid, Muhammad Ismail berkata, keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac bagi memberi kemudahan kepada wanita yang menetap di sekitar Saddar.

“Sebelum 1996, wanita dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di ruangan aras atas masjid ini.

“Namun, pada 1996, wanita dilarang menunaikan solat di masjid ini kerana ancaman kumpulan militan.

“Kini, kita membuka ruangan atas masjid ini untuk wanita menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bersama golongan lelaki yang ditempatkan di ruangan berasingan,” katanya.

Sumber: Harian Metro