2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUKMUSYRIA.COM TERUS DIJALANKAN

Bantuan musim sejuk untukmusyria.com terus dijalankan di kem-kem pelarian Syria.

Pelbagai keperluan yang telah dibeli untuk diagihkan kepada mereka di sana.

Minyak diesel yang akan diagihkan kepada pelarian Syria

Antaranya ialah minyak diesel sebanyak 20 liter setiap isi rumah, tilam, selimut, pek makanan, dan pemanas rumah untuk menghangatkan rumah mereka ketika musim sejuk.

Minyak diesel yang telah diagihkan kepada sebahagian pelarian Syria

Berikut senarai kem yang telah menerima manfaat dan sumbangan orang ramai melalui Serantau Muslim.

Minyak diesel telah diagihkan di kem Abo Iyad -Al Rahma sebanyak 46 keluarga, kem Al zaem sebanyak 41 keluarga, 68 keluarga di kem Al Mahbba, 71 keluarga di kem Al Ward, di kem Rijal fee Arsal sebanyak 104 keluarga dan di kem Ghares Al Rahma sebanyak 104 keluarga.

Pemanas rumah yang telah diagihkan kepada pelarian Syria

Tilam dan selimut pula diagihkan kepada 30 keluarga di kem Al Salam, 68 keluarga di kem Al Mahbba dan tilam tanpa selimut diagihkan kepada 71 keluarga di kem Al Ward.

Pek makanan pula telah diberikan kepada 60 keluarga di kem Al Moalemen dan pemanas rumah serta tilam di kem Al wafa sebanyak 195 keluarga.

Dalam agihan ini, Serantau Muslim berharap semua kelengkapan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan didoakan semua umat Islam di sana terus istiqamah berada dalam syariat Islam dan berusaha mempelajari ilmu agama agar menjadi benteng diri buat mereka di sana dalam menghadapi sebarang ujian.

Pemanas rumah yang disediakan untuk diagihkan kepada pelarian Syria
Tilam dan minyak diesel yang akan diagihkan kepada pelarian Syria

Serantau Muslim juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini, dan diharapkan ia akan berterusan.

#Sedekah? #SerantauMuslim