AGIHAN PEK IFTAR UNTUK PELARIAN SYRIA DI BEEKA
21 April – Serantau Muslim telah mengagihkan sebanyak 500 pek iftar untuk 500 keluarga.
Mereka yang berada di kem pelarian Syria, Beeka ini disantuni oleh wakil Serantau Muslim yang berada di sana.
Semua petugas yang terlibat memakai pakaian yang khusus bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 disamping turut mematuhi segala arahan pihak berkuasa di sana.
Serantau Muslim berharap kesemua usaha ini mendapat rahmat ALLAH SWT dan pelarian Syria berada dalam keadaan yang tenang serta selamat.
381