2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM SANTUNI ANAK YATIM DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS

21 April – Sepanjang penganjuran program Tajaberbuka di luar negara, Serantau Muslim tidak melupakan mereka yang berada di Malaysia.

Minggu lalu, Serantau Muslim telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis bagi menyediakan juadah berbuka puasa buat anak-anak dan pembimbing di sana.

Program ini dijalankan selama lima hari bermula 15 April sehingga 17 April 2021 dan minggu seterusnya.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim mendoakan anak-anak di sana terus rajin mendalami ilmu agama dan ilmu dunia agar menjadi individu yang soleh solehah kelak. InshaAllah.

Sebahagian anak-anak yatim yang berada di pertubuhan tersebut

Untuk makluman, seramai 57 orang anak-anak yatim dan pembimbing menerima agihan bantuan pek iftar ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my.

Sebahagian anak-anak yatim yang berada di pertubuhan tersebut
Sebahagian anak-anak yatim yang berada di pertubuhan tersebut
Sebahagian anak-anak yatim yang berada di pertubuhan tersebut