2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

AGIHAN MAKANAN UNTUK 100 BUAH KELUARGA DI KARANTINA, BEIRUT

Alhamdulillah dengan rakan kerjasama Serantau Muslim dan URDA, 100 buah keluarga telah mendapat manfaat makanan yang telah siap dimasak.

Agihan makanan tersebut diadakan di Karantina, Beirut yang mana di tempat tersebut juga terkena tempias daripada letupan bom tempoh hari.

Syukur, makanan tersebut telah selamat diberikan dengan jayanya di sana.

Sematkan kata-kata ini dalam diri kita iaitu “ALLAH sentiasa menolong seorang hamba,
selama mana hambanya itu menolong saudara-saudaranya yang lain.”

Terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang.