2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

8 SEKELUARGA TERBUNUH DALAM TEMBAKAN DI MASJID

JALALABAD: Lapan sekeluarga ditembak mati dalam serangan di sebuah masjid di timur Afghanistan, kata pihak berkuasa, Ahad.

Serangan itu berlaku malam tadi di bandar Jalalabad dekat wilayah Nangarhar dan dipercayai disebabkan pertikaian tanah, kata gabenor wilayah itu, Zaiulhaq Amarkhil.

Lima beradik dan tiga sepupu lelaki mereka terbunuh dalam kejadian itu.

“Insiden ini masih dalam siasatan, bagaimanapun maklumat awal menunjukkan pertikaian tanah adalah punca berlakunya serangan berkenaan,” kata Amarkhil kepada AFP.

Dalam pada itu, jurucakap polis Nangarhar, Fareed Khan mengesahkan berlakunya kejadian berkenaan.

Sebagaimana negara Islam yang lain, umat Islam di Aghanistan mengisi bulan Ramadan dengan menunaikan solat Tarawih setiap malam.

Pembunuhan bermotifkan balas dendam sering berlaku di Afghanistan dan ahli keluarga menuntut keadilan dengan dengan bertindak ganas mengikut kepercayaan kuno.

Serangan berdarah yang berlanjutan selama beberapa dekad itu diteruskan oleh generasi rakyat Afghanistan sejak turun temurun.

Sumber: Berita Harian