2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

500,000 KANAK-KANAK PALESTIN MUNGKIN PERLU SOKONGAN PSIKOLOGI

TEBING BARAT: Pertempuran Israel-Palestin yang baru ditamatkan menjejaskan teruk golongan kanak-kanak Palestin apabila dianggarkan 500,000 kanak-kanak mungkin perlu sokongan psikologi.

Salah seorang kanak-kanak seperti itu yang terjejas adalah Suzy Eshkuntana, yang sudah tiga minggu dikeluarkan daripada runtuhan rumahnya di Gaza.

Serangan udara Israel itu turut menyebabkan ibu dan empat orang anggota keluarga Suzy terkorban.

Namun sehingga kini, Suzy tidak lalu makan dan bermain selain tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (​UNICEF), 11 hari pertempuran antara Israel dengan pejuang Hamas telah menyebabkan golongan kanak-kanak Palestin dalam keadaan trauma.

Kini, pakar psikologi mengunjungi Suzy dengan kerap untuk membantunya mengatasi rasa trauma itu.

Menurut pakar, kemurungan dan rasa tidak selamat paling banyak dihadapi penduduk Gaza.

Sekitar 50 peratus penduduk Gaza berusia di bawah 18 tahun.

Sumber: Berita Harian