2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-12 at 3.43.33 PM
Info Semasa

Dua rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat

RAMALLAH – Dua lelaki Palestin terbunuh pada Selasa dalam insiden berbalas tembak berhampiran penempatan Israel di bandar Nablus Tebing Barat, pada Selasa, memetik sumber Palestin dan Israel.

Menurut sumber Palestin, kedua-dua warga Palestin itu Saud Al-Titi dan Mohammed Al-Bouf, masing-masing dipenjara 14 tahun dan tujuh tahun di Israel, lapor Sinar Harian.

Tentera Israel dalam satu kenyataan pula menyatakan dua rakyat Palestin itu dibunuh oleh tentera Israel berhampiran perkampungan Deir al-Khatb, timur laut Nablus, selepas mereka melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Mora.

Sementara itu, dua lagi rakyat Palestin cedera, kata pengarah Ambulans dan Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) Ahmed Jibril.

Beliau berkata seorang daripada mereka cedera di bahu dan dibawa ke hospital di Nablus.

Pasukan tentera Israel menghalang ambulans PRCS untuk memberi bantuan kepada mangsa yang lain, katanya.

Radio Israel melaporkan tentera Israel menyerang hendap kumpulan Palestin bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Moreh dan merampas senjata api M-16 dan pistol daripada dua warga Palestin yang telah dineutralisasikan”.

Menurut angka rasmi Palestin, ketegangan antara Israel dan Palestin telah mengorbankan 98 rakyat Palestin sejak awal Januari manakala sumber Israel berkata 19 warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Israel dan Tebing Barat.