2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-14 at 5.07.08 PM
Info Semasa

Dua hospital terbesar di Gaza ditutup

SEMENANJUNG GAZA – Dua hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dan Al-Quds ditutup dengan penembak tepat Israel terus melepaskan tembakan terhadap sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa, sekali gus memerangkap ribuan orang di dalamnya.

Menurut Sinar Harian, tiga bayi yang baru lahir antara yang meninggal dunia selepas hospital itu tidak dapat meneruskan operasi susulan tentera Israel yang mengepung kawasan itu sepenuhnya.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran kemungkinan lebih ramai pesakit, termasuk bayi pramatang akan menjadi mangsa.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell berkata, humanitarian pause sangat diperlukan untuk membolehkan pesakit diberikan rawatan segera.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata, perjalananan orang awam berpindah di Semenanjung Gaza adalah tidak menentu dan tidak selamat.

Lebih 11,100 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, namun jumlah itu tidak dikemas kini susulan hubungan yang terputus dengan hospital utama, Jumaat lalu.