235810297_4245299562189941_382025367917593090_n
Info SemasaKenyataan Media

DUA GEMPA BUMI LANDA ISRAEL

TEL AVIV – Satu gempa bumi melanda utara Israel pada tengah hari Ahad menyebabkan sejumlah penduduk keluar dari kediaman dan bangunan serta menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat.

Gempa bumi berukuran 3.5 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer ke tenggara bandar Tiberias, kata Kajian Geologi Israel.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan berlaku.

Sejumlah pekerja dilaporkan dipindahkan dari sebuah dewan bandar raya di Beiy She’an sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard ketika berlakunya gempa bumi.

Seorang penduduk dilaporkan memberitahu laman berita Walla kemungkinan satu gempa bumi yang kuat akan melanda Israel selepas kejadian tersebut.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasakan di Nazareth.

Ia berlaku setelah satu lagi gempa bumi berlaku pada malam Sabtu lalu dengan kekuatan 3.7 pada skala Richter dan pusatnya terletak kira-kira 19 kilometer ke timur laut Beit She’an dekat sempadan Jordan.

Seorang penduduk di Haifa berkata, keseluruhan rumahnya bergegar dalam kejadian gempa bumi tersebut.

Sumber: Sinar Harian