2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
235810297_4245299562189941_382025367917593090_n
Aktiviti SMInfo Semasa

AGIHAN MUSIM SEJUK SEDANG DIAGIHKAN DI SYRIA

24 Jan 2022: Serantau Muslim sedang membuat agihan keperluan musim sejuk di kem-kem pelarian Syria.

Terbaru, Serantau Muslim yang diwakili rakan kerjasama di sana telah menyalurkan bantuan musim sejuk kepada mereka yang berada di kem pelarian Beeka.

Dalam agihan tersebut, sebanyak 115 unit tilam beserta selimut diagihkan kepada 115 buah keluarga, 150 pek makanan dan 153 gulung karpet untuk 153 buah keluarga.

Sebanyak 24 buah kem yang mendapat manfaat dalam agihan tersebut, antaranya ialah kem Al Nahar, kem Mustafa Al Dasher, kem Arab Mukhtar, kem Al Jamal, kem Hassan Hayek dan lain-lain lagi.

Buat maklumat kempen untukmusyria.com ini berjalan sehingga Februari 2022.

Jika ada yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam menghulurkan bantuan kepada saudara se-Islam kita di sana, boleh layari laman sesawang untukmusyria.com atau lawati sosial media rasmi serantaumuslim untuk maklumat lebih lanjut.