
Bina Semula Syria
UNTUKMU SYRIA: MEMBINA SEMULA, MENERUSKAN HARAPAN
Setelah bertahun-tahun bergelut dalam kesukaran, Syria kini membuka lembaran baharu. Ribuan keluarga yang pernah kehilangan segalanya—rumah, pekerjaan, dan kehidupan normal—kini berpeluang untuk membina semula kehidupan mereka. Namun, perjalanan ini masih panjang dan mereka memerlukan kita untuk terus berdiri bersama mereka.
UNTUKMU SYRIA – PERJALANAN YANG DITERUSKAN
Alhamdulillah, sejak 2017, Serantau Muslim tidak pernah menghentikan langkah dalam membantu saudara-saudara kita di Syria. Bermula dengan bantuan kecemasan, kami terus mengembangkan misi dengan pelbagai projek jangka pendek dan panjang.
Melalui platform Untukmu Syria, kami telah menggerakkan pelbagai inisiatif bantuan:
🔹 bantuankecemasan.com – Bertindak pantas menyalurkan bantuan untuk mereka yang terkesan ketika kecemasan dan bencana
🔹 Taja Berbuka – Memastikan setiap keluarga dapat menikmati juadah berbuka dan bekalan makanan sepanjang Ramadan
🔹 Sedekah Ramadan – Membuka pintu keberkatan Ramadan melalui sedekah kepada yang memerlukan di Syria
🔹 Qurban Mudah – Menjadi jambatan ibadah qurban anda untuk menceriakan hari raya mereka dengan hidangan istimewa
🔹 Township4Syria – Mencipta harapan baharu melalui pembinaan komuniti yang mampan untuk kehidupan lebih baik
Alhamdulillah, usaha ini telah membantu lebih 26,000 penduduk Syria sejak pembebasan. Namun ini bukanlah pengakhiran—ia adalah permulaan baharu untuk Misi Untukmu Syria yang akan terus dilipatgandakan usahanya.
Misi Kemanusiaan Februari 2025: Bersama Syria
📅 19 – 26 Februari 2025
📍 Syria
Pasukan Serantau Muslim akan turun ke lapangan bagi:
✅ Menilai keperluan terkini dan merancang inisiatif jangka panjang
✅ Menyampaikan bantuan segera: Pek makanan, keperluan musim sejuk & lain-lain
✅ Menyantuni keluarga yang masih bertahan dengan harapan baharu
Sokongan Anda Adalah Masa Depan Mereka
Setiap sumbangan anda adalah titik perubahan bagi mereka yang kehilangan segalanya. Bersama kita bangunkan kembali Syria—batu demi batu, harapan demi harapan.
💙 Sumbangkan Sekarang & Sebarkan Kebaikan!