
UntukmuPalestin – Dari Malaysia untuk Gaza
Satu Usaha Bersama Untuk Gaza
Kempen #UntukmuPalestin ini digerakkan oleh Serantau Muslim sebagai inisiatif kemanusiaan rakyat Malaysia untuk Gaza.
Dalam usaha menyampaikan bantuan dengan lebih cekap dan terus ke lapangan, Serantau Muslim menjalinkan kerjasama erat bersama Cinta Gaza Malaysia (CGM), sebuah organisasi yang telah lama berkhidmat secara amanah, aktif dan berkesan di bumi Palestin walau dalam keadaan peperangan yang sangat mencabar.
Kami percaya, dengan jaringan lapangan yang kukuh dan kepercayaan masyarakat, bantuan anda akan sampai terus ke tangan mereka yang paling memerlukan dengan penuh amanah dan integriti.
Gaza Dibedil Lagi. Ini Saat Paling Genting Untuk Kita Bertindak.
Sumber: Selangor Kini
Sumber: Kosmo – Israel bom Gaza selepas pengumuman gencatan senjata
Gaza Kini Dalam Fasa Kehancuran Total
Gaza sekali lagi dibedil tanpa perikemanusiaan.
Serangan terkini menyaksikan hospital yang menjadi tempat perlindungan kini tidak lagi selamat.
Hampir tiada lagi hospital yang mampu beroperasi dengan baik.
Yang tinggal hanyalah runtuhan, debu, dan jasad syuhada.
Sumber: Berita Harian – Penduduk Palestin memeriksa lokasi di mana dua peluru berpandu Israel menghentam sebuah bangunan di dalam Hospital Al-Ahli Arab Baptist, sejurus selepas pesakit dipindahkan, di Bandar Gaza. – Foto REUTERS
Statistik Kemusnahan Terkini
-
50,600+ nyawa telah terkorban, termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak
-
80% infrastruktur musnah, termasuk rumah, sekolah, masjid, hospital
-
Hampir seluruh rakyat Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar
-
Bekalan makanan, air, dan ubat semakin hampir sifar
Keperluan Rakyat Gaza Ketika Ini
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan bantuan kecemasan seperti dibawah buat rakyat Gaza yang sedang menderita akibat serangan tanpa henti. :
✅ Makanan panas & roti harian
✅ Bekalan air bersih
✅ Kit kebersihan asas
✅ Al-Quran
✅ Lain-lain keperluan semasa yang mendesak
Sumber: Berita Harian – Penduduk Palestin membantu seorang lelaki yang cedera ke Hospital Al-Ahli Arab Baptist, selepas serangan Israel, di Bandar Gaza. – Foto REUTERS
Sumber: Berita Harian – Kanak-kanak Palestin sedang menunggu untuk mengisi air di Rafah, selatan Semenanjung Gaza
Sempena Hari Jumaat Yang Mulia…
Hari di mana doa dimakbulkan, amalan dilipatgandakan dan hati dibuka untuk memberi.
Jangan lepaskan peluang beramal pada hari yang mulia ini.
Tidak mengira berapa jumlahnya, nilainya besar di sisi Allah, dan amat bermakna buat mereka yang sedang berjuang untuk terus hidup.
❝ Kita mungkin tak mampu ubah dunia.
Tapi kita mampu selamatkan satu keluarga, satu anak kecil, satu nyawa. ❞
Gaza Perlukan Kita. Sekarang.
Jangan tunggu. Jangan tangguh.
Jadikan hari ini hari paling bermakna buat saudara kita di Palestin.
Semoga setiap sen yang anda keluarkan menjadi saksi cinta dan solidariti kita dan menjadi cahaya di akhirat nanti.