2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789

Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Maghribi

RM27,728 dari RM100,000

Maghribi telah digegarkan dengan gempa bumi yang paling dahsyat sejak beberapa dekad. Insiden tidak diduga itu telah memberi kesan yang hebat dan menyayat hati dengan meragut ribuan nyawa, kecederaan yang kritikal dan ribuan masih hilang.

Mereka kehilangan tempat tinggal, ramai mangsa yang bergelimpangan di merata tempat kerana rumah mereka musnah. Mangsa-mangsa gempa ini mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan bekalan makanan.

Tidak kurang ramai yang masih trauma akibat kejadian itu, mereka kehilangan ibu, bapa, anak dan ahli keluarga terdekat akibat daripada kejadian gempa bumi ini.

Salam takziah dan doa kesejahteraan dipanjatkan dari Serantau Muslim buat mereka di sana.

Serantau Muslim turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama bersolidariti dan memberi sokongan kepada saudara kita di Maghribi dengan memanjatkan doa serta menghulurkan sumbangan bagi mengurangkan beban mereka.

Wakil kami telah pun ada di lokasi gempa untuk memantau dan memberi perkembangan dari semasa ke semasa. Kami menggerakkan kutipan sumbangan melalui bantuankecemasan.com. Serantau Muslim membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia, dermawan dan badan-badan korporat untuk bersama-sama dalam misi bantuan ini.

Semoga sumbangan kita walaupun kecil dapat membantu memberi sinar kegembiraan kepada mereka.

RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM10