2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

BANTUAN KEMANUSIAAN SERANTAU MUSLIM DI SYRIA DIAGIH DENGAN JAYANYA

Serantau Muslim telah berjaya membuat agihan dengan jayanya di kem-kem pelarian Syria.

Bantuan agihan yang berupa minyak diesel dan baju sejuk ini diagih dengan baik di kem-kem berkenaan.

Antara kem yang menerima bantuan kemanusiaan berupa minyak diesel sebanyak 20 liter ini ialah kem Al Mahabba, Arsal (102 keluarga), kem Ysmine Al Sham (43 keluarga), kem Samir Al Ahnad 040 (125 keluarga), kem khalil Al Mashoh Akkar – Alsomakiah (105 keluarga), Pusat Perubatan Al Salam (12 botol minyak diesel dan 24 selimut tebal), kem Al Wafaa (200 keluarga), kem Al Moalmeen, Arsal (60 keluarga), kem Al Rahma, Arsal (145 keluarga), kem Hasan Fliti, Arsal (40 keluarga), kem Al Abrar, Bekaa (59 keluarga), kem Al Jammal, Bekaa – Bareliase (38 keluarga), kem Al Rahman Bekaa – Talbaya (80 keluarga).

Manakala kem-kem yang menerima bantuan baju sejuk ialah mereka yang berada di kem pelarian di Labenon. Sebanyak 707 keluarga telah menerima bantuan ini.

Dalam agihan ini, Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyalurkan bantuan yang tidak putus-putus. Semoga segala usaha baik ini dapat barakah daripada ALLAH SWT dan semoga pelarian Syria terus terpelihara.