2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BANTEN, INDONESIA: SINAR HARIAN, SERANTAU MUSLIM KE BANTEN

SINAR HARIAN, SERANTAU MUSLIM KE BANTEN

SEPANG – Indonesia sekali lagi digemparkan dengan bencana tsunami yang melanda Selat Sunda, Sabtu lalu.

Tanpa berlengah, NGO Serantau Muslim terus mengumpl tenaga, dana dan kepakaran demi Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selat Sunda.

Seramai tujuh individu daripada NGO Serantau Muslim termasuk tiga wakil media termasuk Sinar Harian dan TV Al-Hijrah kembali lagi ke Indonesia demi korban tsunami di Banten itu.

Kumpulan diketuai Shamsul Anwar M.Busra itu berlepas pagi in dalam penerbangan awal pagi dan dijangka tiba di Jakarta kira-kira jam 9 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke pusat-pusat penempatan sementara di Banten dengan menaiki kereta selama enam jam.

Misi pencarian dibahagi kepada empat sektor iaitu dari Wilayah Cinangka hingga Carita, Wilayah Labuhan hingga Tanjung Lesung, Wilayah Tanjung Lesung hingga Sumur dan dari Wilayah Pulau Oar ke Pulau Badul.

Misi kali ini dijangka berlangsung sehingga Sabtu ini dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui tabung http://bantuankecemasan.com 

Tsunami melanda Selat Sunda malam Sabtu lalu ekoran runtuhan rekahan gunung berapi Anak Krakatau.

Sehingga kini, lebih 300 nyawa telah dilaporkan terkorban dan dan ribuan masih hilang.

Misi pencarian dibahagi kepada empat sektor iaitu dari Wilayah Cinangka hingga Carita, Wilayah Labuhan hingga Tanjung Lesung, Wilayah Tanjung Lesung hingga Sumur dan dari Wilayah Pulau Oar ke Pulau Badul.