2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ASKAR REJIM ZIONIS TAKUT BATU?

TEHERAN, 7 Okt. – Baru-baru ini, satu rakaman video seorang pegawai tentera Israel menampar anak buahnya tular selepas berlindung daripada lontaran batu belia Palestin.

RT News melaporkan, rakaman tular tersebut tersebar di Asia Barat yang mengundang cemuhan dan ejekan ramai terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Portal berita Iran, Press TV memuat naik video dalam Twitter dengan mempersoalkan, ‘Adakah ini tentera terkuat di #Asiabarat?’.

Pegawai tentera IDF dalam video itu dilihat memarahi anak buahnya selepas berselindung disebalik tembok mengelak lontaran batu oleh belia Palestin di kampung Kafr Qaddum di Tebing Barat.

“Kamu tidur, bangun!,” katanya dalam keadaan marah sebelum menampar kepala anak buahnya.

Dalam perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khodari memberitahu, 100 peratus kilang milik warga Palestin di Gaza mengalami kerosakan sepenuh­nya dan sebahagian berikutan serangan rejim Zionis sejak 12 tahun lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, ratusan kedai dan kilang terpaksa ditutup ekoran serangan Israel ketika Israel masih lagi mengenakan sekatan terhadap import dan eksport penduduk Gaza.

“Kerugian langsung ekonomi Gaza dianggarkan sebanyak AS$70 juta (RM293 juta) setiap bulan,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia