Kenyataan Media

ANGKA KORBAN PENDUDUK PALESTIN TERKORBAN MENINGKAT AKIBAT ISRAEL

 

GAZA CITY, 12 JULAI – Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berhampiran pagar sempadan Semenanjung Gaza, semalam.

 

Mangsa terkorban yang dikenali sebagai Mahmoud al-Adham ditembak di utara Gaza.

 

Hamas dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu adalah anggotanya dan berikrar akan membalas dendam di atas kematiannya.

 

Terdahulu, jurucakap tentera Israel mengesahkan anggotanya melepaskan tembakan ke arah dua suspek yang mendekati pagar sempadan.

 

Sekurang-kurangnya 295 rakyat Palestin maut di tangan tentera Zionis sejak tercetusnya protes besar-besaran di sempadan Gaza-Israel pada 30 Mac tahun lalu.

 

Tunjuk perasaan itu bertujuan membantah pengepungan 12 tahun Zionis ke atas wilayah Gaza selain menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman yang dirampas Israel pada 1948.

 

Sumber: Sinar Harian