ANGKA KEMATIAN LETUPAN BEIRUT MENINGKAT KEPADA 171
BEIRUT – Angka kematian akibat letupan dahsyat Beirut pada 4 Ogos meningkat kepada 171 orang, kata jurucakap kementerian kesihatan kepada AFP, semalam.
Angka baharu, naik dari 160, hadir tepat seminggu minggu sejak letupan besar melanda ibu negara Lubnan itu, mencederakan lebih 6,000 dan menyebabkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Sumber: Berita Harian
326