2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-22 at 12.13.27 PM
Uncategorized @ms

Agihan musim sejuk terus diagih untuk Pelarian Syria

23 Jan 24 – Agihan musim sejuk untukmusyria.com sedang berlangsung sejak bulan lalu.

Banyak bantuan telah diagihkan kepada pelarian Syria yang berada di Lubnan ketika ini.

Wakil Serantau Muslim telah melaksanakan tugas dengan menyampaikan amanat penderma dengan baik di kem-kem pelarian di sana.

Pelarian di Kem Alsanabel, Rabie Mays dan Al Rammah telah menerima set selimut yang tebal, tilam bujang dan bantal bagi menampung keperluan musim sejuk di sana, sekali gus dapat menggantikan barang yang lusuh di kem pelarian mereka.

Manakala di Kem Mahdi Alatrash, Altoun, Hamiya dan Saleh diberikan pekakas pemanas untuk menjadikan suhu dalam kem kediaman mereka lebih selesa di waktu malam dan sejuk.

Pelarian di Kem Almasri menerima pakaianbaucar untuk pembelian baju sejuk buat anak-anak kecil dan mereka yang memerlukan.

Selain barang kelengkapan musim sejuk, pelarian-pelarian juga menerima pek makanan ruji. Antara kem yang menerima pek makanan ialah Kem Al Farah dan Al Rahmah.

Kem pelarian Al Hikma, Tall Wazzi dan Younis pula menerima minyak diesel untuk melengkapkan keperluan pemanas sedia ada mereka di sana.

Kesemua agihan seperti diesel, pek makanan, pemanas, tilam, bantal, baju sejuk dan selimut telah diagihkan pada 22-1-2024 yang lalu.

Sama-sama kita doakan mereka di sana terus kuat dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.