8 terbunuh serangan udara Israel di Deir al-Balah Gaza
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di barat bandar Deir al-Balah di Semenanjung Gaza.
Menurut Sinar Harian yang memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA) terdapat sebanyak lapan mayat dibawa ke Hospital Shuhada Al-Aqsa susulan serangan udara itu, termasuk berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak yang turut cedera.
Sementara itu, sebuah pesawat tentera Israel dirakam melepaskan tembakan secara rambang di pekarangan Hospital Eropah di Gaza.
Jet itu turut menyerang bangunan-bangunan di Kolej Sains dan Teknologi yang terletak di selatan Khan Yunis, di selatan wilayah itu.
Pada masa sama, jet pejuang Israel turut menyerang kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.