2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
583fce2e-9dc0-44fa-afa3-6a3b699bb7eb.jpg
Info Semasa

72 serangan sasar institusi kesihatan

Moscow: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan 72 serangan mensasarkan institusi penjagaan kesihatan sehingga menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Rusia di Ukraine bermula.

Pendedahan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menerusi media sosialnya.

“Hak untuk penjagaan kesihatan mesti dilindungi,” katanya.

Agensi berita, ANI melaporkan, Rusia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukan tentera Rusia termasuk menjadikan hospital dan bangunan kediaman sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan.

Sementara itu, The Guardian melaporkan, pencerobohan Russia ke atas Ukraine mulai 24 Februari lalu menerusi serangan dari darat, laut dan udara menyaksikan pelbagai negara melambakkan bekalan senjata kepada Ukraine.

Serangan tentera terbesar oleh sebuah negara terhadap negara lain di Eropah sejak Perang Dunia Kedua itu turut menyaksikan pelbagai senjata baharu mula digunakan di medan perang.

Rusia beralih daripada serangan strategik terhadap sasaran tentera menggunakan peluru berpandu kepada serangan di darat dan kini mengepung bandar besar.

Sumber: Harian Metro