2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

53 PONDOK KEM PELARIAN ROHINGYA DI DELHI TERBAKAR

NEW DELHI: Sebanyak 53 pondok di kem pelarian Rohingya yang terletak di Sarita Vihar, tenggara Delhi musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

Bagaimanapun, tiada kes kematian mahupun kecederaan dilaporkan.

Lapor The Indian Express, polis berkata, siasatan mendapati kebakaran di kem pelarian itu dipercayai akibat litar pintas.

Menurut Jabatan Bomba Delhi (DFS), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kawasan Kalindi Kunj di Madanpur Khadar kira-kira 11.54 malam (waktu tempatan).

Jelas DFS, pada mulanya, anggota bersama tujuh jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Namun, selepas api kebakaran semakin marak, pihaknya terpaksa menghantar lima lagi jentera.

Tambah DFS, pasukan bomba mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia