2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-08 at 8.49.48 AM (1)
Uncategorized @ms

4,895 pelajar Palestin terbunuh akibat kekejaman berterusan Israel

Kementerian Pendidikan Palestin menyatakan seramai 4,895 pelajar terbunuh manakala 8,514 yang lain cedera sejak Israel menceroboh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 4,851 pelajar terkorban dan 8,227 yang lain cedera di Semenanjung Gaza, lapor Sinar Harian yang memetik Agensi Berita WAFA.

Di Tebing Barat, sebanyak 44 pelajar terbunuh, 283 cedera manakala 89 lagi ditahan.

Menurut kenyataan itu, 239 guru dan pentadbir turut terbunuh di Semenanjung Gaza manakala 836 cedera dan lebih 71 lagi ditahan di Tebing Barat.

Seramai 620,000 pelajar masih dinafikan hak untuk ke sekolah.

Sementara itu, sebanyak 286 sekolah kerajaan dan 65 sekolah yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Semenanjung Gaza telah dibom dan dimusnahkan.

Di Tebing Barat pula sebanyak 49 sekolah rosak akibat diserang atau dimusnahkan oleh rejim Israel.