2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

44 TERKORBAN BANJIR LUMPUR DI FLORES TIMUR, INDONESIA

JAKARTA – Sebanyak 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, puluhan rumah di beberapa desa di kabupaten berkenaan ditenggelami lumpur akibat banjir selain ditimbusi tanah runtuh.

“Halangan di lapangan adalah akses satu-satunya (ke tempat kejadian) adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan BNPB setakat jam 7 malam Ahad.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas di kawasan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur sejak awal pagi Ahad melibatkan beberapa desa dan penempatan penduduk.

Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur, menurut kenyataan itu.

Sumber: Sinar Harian