2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-10 at 3.17.18 PM
Info Semasa

4 terkorban, Papua dilanda gempa bumi berukuran 5.5 magnitud

JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan beberapa bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.2 skala richter melanda wilayah Papua hari ini.

Ketua agensi bencana Jayapura, Asep Khalid, berkata empat mangsa yang terkorban berada di sebuah kafe sebelum gempa meranapkan bangunan berkenaan.

Dalam satu kenyataan Berita Harian, gegaran kuat berlaku selama dua hingga tiga saat, menyebabkan panik dalam kalangan penduduk.

Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan bangunan terletak di bahagian pelabuhan, runtuh ke dalam laut selain kerosakan kecil di pasar raya dan hospital di bandar berkenaan.

Agensi geofizik Indonesia (BMKG) melaporkan pusat gempa itu terletak kira-kira satu kilometer dari Jayapura iaitu ibu kota Papua, pada kedalaman 10 kilometer.

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, berkata European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) merekodkan gempa bumi pada magnitud 5.5.

Katanya, gempa bumi di Papua antara 1,000 bencana yang direkodkan di kawasan berkenaan sejak bulan lalu.

Turut dilaporkan sejak 2 Januari 2023, sebanyak 1,079 gempa sekitar Jayapura dengan 132 daripadanya, dirasai penduduk.