2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

4.5 JUTA KANAK-KANAK DI SUDAN SELATAN PERLU BANTUAN KEMANUSIAAN – UNICEF

JUBA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan seramai 4.5 juta kanak-kanak di Sudan Selatan amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Lapor BBC, agensi antarabangsa itu mengaitkan krisis kemanusiaan tersebut berpunca daripada konflik dan kesan perubahan iklim seperti banjir dan kemarau.

Menurut UNICEF, kadar kematian dan kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak masih kekal tinggi di negara tersebut.

Dilaporkan, seramai 2.8 juta kanak-kanak mengalami keciciran sekolah kerana kekurangan akses kepada pendidikan.

“Kami berharap kemerdekaan akan membawa harapan baharu untuk kanak-kanak di negara itu,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Sudan Selatan akan menyambut Kemerdekaan yang ke-10 pada Jumaat ini.

Negara itu dalam proses melaksanakan perjanjian damai yang bakal mengakhiri konflik selama beberapa tahun. 

Sumber: Utusan Malaysia