2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

300 WARGA PALESTIN CEDERA DALAM PERTEMPURAN DENGAN ASKAR ISRAEL

GAZA: Jumlah warga Palestin yang cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki tentera itu melepasi 300 orang setakat Sabtu, lapor Sputnik menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Seramai 19 orang cedera terkena tembakan, sementara 91 cedera terkena peluru getah dan selebihnya terkena gas pemedih mata ketika pertempuran berhampiran bandar Nablus, utara Baitulmaqdis.

Terdahulu, Bulan Sabit Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya 135 warga Palestin cedera, lima akibat tembakan terus, 35 disebabkan peluru getah dan 95 yang lain akibat gas pemedih mata.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF), berkata sebuah pos tentera berhampiran Nablus diserang semalam dan berlaku tembak-menembak tetapi tiada sesiapa cedera.

Pasukan keselamatan sedang memburu mencari lelaki bersenjata itu.

“Terdapat cubaan serangan pos tentera yang terletak bersebelahan dengan Nablus di Judea dan Samaria.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Berikutan pencarian meluas, berpuluh-puluh kelongsong peluru ditemui,” kata IDF menerusi ciapan twitter.

Serangan terbabit berlaku ketika perayaan Krismas tatkala Israel dan Palestin meredakan perselisihan yang mana tempat itu masih ditutup kepada pelancong asing berikutan kebimbangan terhadap penyebaran varian baharu COVID-19. 

Sumber: BH