2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

20 TERKORBAN TEMBAKAN RAMBANG DI PASAR NIGERIA

BAUCHI – Sekurang-kurangnya 20 maut di Sokoto, Nigeria selepas beberapa lelaki melepaskan tembakan terhadap orang ramai di sebuah pasar pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

Penasihat khas menteri Sokoto, Idriss Gobir memaklumkan, sekumpulan lelaki menaiki motosikal sebelum melepaskan tembakan secara rambang serta membakar beberapa kenderaan.

“Sekurang-kurangnya 20 terkorban dalam kejadian tersebut dan sembilan kenderaan terbakar.”

Ahli Parlimen Sokoto, Hussain Boza menyalahkan kejadian ke atas kekurangan pihak keselamatan di negeri berkenaan.

Beberapa kawasan di Sokoto dikenakan sekatan telekomunikasi bagi mengehadkan perhubungan antara ahli kumpulan pengganas.

Khamis lalu, pihak berkuasa menyelamatkan 187 wanita dan kanak-kanak yang diculik kumpulan pengganas di Zamfara.

Sumber: Sinar Harian