Info SemasaKenyataan Media

1SR@EL TAK BENARKAN TAHANAN SARAT MENGANDUNG, LAHIRKAN ANAK LUAR PENJARA

RAMALLAH: Pihak berkuasa Israel enggan membebaskan seorang tahanan Palestin yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan bayinya di dalam penjara.

Keluarga wanita itu membuat rayuan kepada badan antarabangsa supaya masuk campur bagi membolehkan Anhar al-Deek, 25, melahirkan anak di luar penjara.

Wanita yang berasal dari pekan Kafr Ni’ma, barat Ramallah itu mengirimkan sepucuk surat kepada keluarganya supaya badan hak asasi manusia dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemenjaraannya.

“Apa yang saya perlu buat sekiranya melahirkan anak sedangkan berjauhan dari anda (keluarga).

“Tangan saya bergari dan anda tahu kesukaran melahirkan anak dengan kaedah pembedahan caesarean di luar penjara. Bagaimana saya perlu lalui peristiwa ini sedangkan saya berseorangan di dalam penjara,” luahnya.

Wanita Palestin itu berkata, pihak penjara Israel akan menahannya dalam sel bersendirian selepas melahirkan anak.

Anhar ditahan tentera Israel selepas didakwa cuba melakukan serangan tikaman di sebuah penempatan Israel yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya, lima bulan lalu.

Suaminya hanya dibenarkan sekali melawat isterinya sepanjang berada dalam penjara.

Ibu mangsa, Aisha memberitahu Anadolu Agency, anak perempuannya dilanda masalah psikologi dan tekanan emosi.

Katanya, dia sudah menghubungi organisasi hak asasi manusia dan kedutaan asing bagi memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Israel supaya memberikan hak kepada wanita itu melahirkan bayi di luar penjara.

Dalam isu ini, Serantau Muslim menyelar tindakan yang tidak berkeperimanusiaan rejim Zi.nist ini dalam menangani wanita yang memerlukan sokongan disaat sukar. Didoakan Allah SWT permudahkan segala urusan wanita berkenaan dan menjadikan rejim Zi.nist lemah dalam segala hal.

Sumber: Utusan