2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

173 ORANG AWAM MAUT ANGKARA PERIUK API DI SYRIA

BEIRUT, 4 Okt. – Sekurang-kurangnya 173 orang awam termasuk 41 kanak-kanak maut di Syria akibat periuk api dan sisa-sisa bahan letupan perang sejak awal tahun ini.

Difahamkan puak-puak berperang menanam periuk api di bandar dan luar bandar sejak konflik perang yang bermula 2011.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, di seluruh negara, lebih 10 juta orang tinggal di kawasan yang terdedah dengan bahan letupan.

“Sejak awal 2019, seramai 173 orang awam termasuk 41 kanak-kanak maut akibat periuk api dan sisa-sisa bahan letupan perang,” kata pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Sekurang-kurangnya 40 mangsa maut ketika menggali sejenis kulat ‘Truffles’ berhampiran periuk api.

“Setiap hari, orang awam maut atau cacat akibat periuk api dan peluru yang tidak meletup,” kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

“Dianggarkan dua daripada tiga mangsa masih hidup daripada insiden terbabit di Syria mengalami kecacatan kekal sepanjang hayat,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

Sumber: Berita Harian