2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
973f4067-4edf-44f5-bb92-e5833668433c.jpg
Info Semasa

165 maut, 171 cedera di Pakistan akibat hujan lebat

ISLAMABAD – Musim tengkujuh yang berlarutan di Pakistan sejak 14 Jun lalu menyaksikan 165 nyawa terkorban manakala 171 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik Lembaga Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Rabu.

Wilayah Balochistan di barat daya negara itu kekal menjadi wilayah paling teruk terjejas menyaksikan 65 orang maut dan 49 yang lain cedera akibat banjir kilat.

Media tempatan juga melaporkan beberapa empangan pecah, sehingga menghanyutkan rumah dan kemudahan awam.

Kerajaan Balochistan pada Selasa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang Seksyen 144 di wilayah itu susulan lebih banyak ramalan berkaitan hujan untuk tempoh sebulan, menurut kenyataan pejabat ketua menteri wilayah itu.

Menerusi Seksyen 144, orang ramai dilarang berkelah dan berenang di sungai, empangan, dan takungan air lain.

Sementara itu, 38 orang terkorban dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh termasuk di ibu kota wilayah Karachi yang dilanda hujan lebat selama lebih seminggu.

Menteri Perubahan Iklim, Sherry Rehman berkata dalam ciapannya pada Rabu bahawa wilayah Sindh dan Balochistan menerima sekitar 625 peratus dan 501 peratus curahan hujan.

Hujan lebat dijangka berlanjutan untuk tempoh beberapa hari akan datang di wilayah terbabit, katanya.

Sebanyak 1,319 haiwan dilaporkan mati manakala 350 rumah musnah sepenuhnya dan 781 kediaman terjejas teruk akibat hujan lebat.

NDMA sedang menjalankan misi bantuan di seluruh negara dan pihak berkuasa tempatan turut menyediakan kemudahan seperti khemah, kain, selimut, kelambu, makanan, dan jaket keselamatan kepada penduduk yang terjejas.

Sumber: Sinar Harian