2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

14 TERBUNUH DALAM SERANGAN BERSENJATA DI NIGERIA

ABUJA, Nigeria – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan bersenjata di Nigeria, kata pihak berkuasa, lapor Agensi Anadolu, semalam.

Bercakap pada sidang media, Ketua Wilayah Kerajaan Tempatan Ivo Ebonyi, Ogbonnaya Chukwu-Ude, berkata sekurang-kurangnya 10 terbunuh di tenggara Ebonyi.

Media tempatan mengatakan empat orang terbunuh, di Kampung Buruku di barat laut Kaduna, manakala enam lagi diculik.

Kumpulan itu yang dikenali sebagai penjenayah atau pengembala meningkatkan serangan dan penculikan di komuniti di negara barat laut dan utara Nigeria, sejak 2019.

Sesekali di bahagian barat laut Nigeria berdepan dengan pertempuran antara orang Fulani, iaitu salah satu kumpulan etnik terbesar di Afrika Barat.

Kumpulan bersenjata itu kadang-kadang mengambil kesempatan ke atas ini untuk mengatur serangan.

Sumber: Berita Harian