2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

12 TERKORBAN DALAM SERANGAN UDARA DI SYRIA

BEIRUT, 26 JULAI – Seramai 12 orang awam termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan terkorban selepas tentera rejim Syria dan Russia melancarkan serangan udara di barat laut negara itu, semalam.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menyatakan serangan udara oleh Russia di bandar Maaret al-Numan menyebabkan tujuh orang awam terkorban termasuk seorang kanak-kanak.

Manakala serangan udara tentera rejim di wilayah Aleppo turut mengorbankan lima orang awam termasuk dua kanak-kanak.

Sejak 2011, perang Syria menyebabkan lebih 370,000 orang terkorban dan jutaan penduduk hilang tempat tinggal.

Sumber: Berita Harian