2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-17 at 8.49.15 PM
Info Semasa

11 ribu anak-anak dibunuh dan cacat di Yaman

11 ribu anak-anak dibunuh dan cacat di Yaman, ini kisah sebenar yang ramai tidak tahu.

Lebih 11,000 kanak-kanak dilaporkan dibunuh atau cacat sejak perang saudara Yaman merebak hampir sembilan tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Angka kematian sebenar dalam konflik ini dipercayai jauh lebih tinggi. Beribu-ribu kanak-kanak hilang nyawa, manakala ratusan ribu lagi diancam kebuluran atau wabak penyakit yang boleh dicegah,” kata Catherine Russel selaku pengarah eksekutif agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Katanya, kira-kira 2.2 juta kanak-kanak Yaman berdepan kekurangan zat serius dengan satu perempat daripada mereka berumur bawah lima tahun.

Kebanyakan mereka juga berdepan risiko amat tinggi dijangkiti wabak kolera, demam campak dan penyakit lain yang boleh dicegah menerusi kempen vaksinasi.

Perang Yaman meletus pada 2014 dan menyaksikan pembe­rontak Houthi yang disokong Iran menguasai ibu negara, Sanaa.

Perkembangan itu mendorong campur tangan tentera pakatan diketuai Arab Saudi untuk mengembalikan kuasa kerajaan sebelumnya.

Beratus ribu orang terbunuh sejak itu, sama ada di­sebabkan oleh pertempuran atau meminum air tercemar, wabak pe­nyakit, kelaparan dan impak lain.

Angka terbaharu UNICEF mengesahkan seramai 3,774 kanak-kanak mati antara Mac 2015 hingga September 2022.

Atas dasar kebersamaan sebagai saudara sesama muslim, Serantau Muslim melancarkan kempen Untukmu Yaman dalam usaha membantu saudara kita di Bumi Syam ini dengan pelbagai program untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Mereka membuka ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama dalam misi ini, sokongan daripada sumbangan rakyat Malaysia sangat penting demi menyelamatkan nyawa anak-anak ini.

Jom sumbang walau sedikit, layari:

www.untukmuyaman.com
www.untukmuyaman.com
www.untukmuyaman.com