YAHUDI KEMBALI KE PETEMPATAN TEBING BARAT
SA-NUR (Wilayah Palestin): Berpuluh-puluh rakyat Israel kembali ke bekas petempatan Tebing Barat, yang mereka dakwa milik Israel.
Kawasan itu dikosongkan pada 2005 atas arahan Perdana Menteri, Ariel Sharon.
Sumber berkata pada Selasa, Sa-Nur satu daripada empat petempatan yang diceroboh Israel di Tebing Barat, dengan pengosongan oleh tentera atas arahan Sharon, bersama-sama 21 petempatan lain di Tebing Barat.
Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak Yahudi tiba di Sa-Nur petang Isnin, kata Ahli Parlimen, Ariel Kallner, anggota parti Likud dketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
“Saya datang ke Sa-Nur untuk mengesahkan tempat ini milik Israel,” katanya dalam video di Facebook.
322