2474167
Uncategorized @ms

UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Barat (UNRWA) sedang bergelut untuk menyediakan penjagaan kesihatan untuk wanita hamil di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan berterusan Israel.

Dalam laporan Agensi Anadolu yang dipetik dari Sinar Harian, terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.

Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang termampu bagi menyediakan penjagaan untuk wanita selepas bersalin dan ibu hamil yang berisiko tinggi, di tujuh pusat kesihatan UNRWA yang beroperasi.

Rejim Zionis Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat selain mengepung dan melancarkan serangan darat sejak 7 Oktober.

Menurut angka terbaharu, sekurang-kurangnya 20,424 rakyat Palestin terbunuh dan 54,036 lagi cedera.