TURKI HANTAR BANTUAN KELENGKAPAN PERUBATAN KE NEGARA TERJEJAS
ANKARA – Sebuah pesawat kargo Angkatan Tentera Turki yang membawa kelengkapan perubatan untuk memerangi wabak COVID-19, berlepas ke Amerika Syarikat (AS) semalam.
“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Etimesgut/Ankara,” kata Kementerian Pertahanan Turki di Twitter.
Penghantaran peralatan seperti penutup hidung dan mulut, pelindung muka dan baju pelindung itu atas arahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Sebelum ini, Turki sudah menghantar bantuan yang sama ke Sepanyol, Itali, Britain, Serbia, Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia Utara, Montenegro, Libya dan Somalia.
Sumber: Astro Awani
432