145c3cb6-bb63-4149-9f5c-d37121aa97a2.jpg
Info Semasa

Township4Syria hampir sempurna pembinaannya

Sebelum ini Serantau Muslim telah menguar-uarkan tentang satu perancangan untuk membina sebuah “township” di dalam Syria yang mana bangunan tersebut akan digunakan untuk pelbagai kegunaan dan sekali gus memudahkan banyak urusan rakyat Syria yang berstatus pelarian tanpa rela.

Syukur, melalui perancangan awal tersebut dan ditambah dengan sokongan pelbagai arah, kini “township” ini telah nampak sebahagian bentuk fizikalnya. Masha-Allah cantik!

Dengan berkat usaha giat rakan kerjasama dan semua pakar pembinaan bangunan tersebut juga, Serantau Muslim boleh menarik nafas lega kerana “township” dibawah kelolaan Serantau Muslim ini akan dimanfaatkan oleh saudara Se-Islam di sana tidak lama lagi.

Sebelum ini “township” tersebut dianggarkan mengambil masa sekitar lima hingga enam bulan sahaja untuk siap, namun ia telah memakan masa hampir setahun lebih berikutan pelbagai kekangan seperti pandemik dan kesukaran mendapatkan bahan binaan serta faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

“Tonwship” yang dibina di Utara Syria ini dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan umat Islam seperti masjid, rumah/hostel, tempat riadah dan fasiliti-fasiliti lain.

Dalam gambar yang dilampirkan ini menunjukkan keadaan terkini hostel atau pangsapuri yang dibina untuk pelarian Syria dalam projek Serantau Muslim “Township4Syria”.

Hostel yang dibina di Azzaz, Syria ini dikatakan hampir lapah puluh peratus siap dibina, yang boleh boleh menempatkan pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal serta memberi mereka keselesaan dan tempat perlindungan buat mereka.

Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua rakan kerjasama Serantau Muslim kerana telah berjaya bersama-sama merealisasikan impian penduduk pelarian Syria untuk memiliki pusat kemudahan yang memudahkan urusan mereka di saat genting.

Layari serantaumuslim.org.my untuk maklumat lanjut.

Sedekah? Serantau Muslim