Info Semasa
TERKINI! Cebisan mayat terapung
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”TERKINI! Cebisan Mayat Terapung” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]ANGGOTA penyelamat yang tiba di lokasi pesawat Lion Air yang terhempas menemui serpihan kapal terbang bersama cebisan badan manusia serta telefon bimbit yang terapung di lautan.Ketua Badan Pasukan Mencari Menyelamat Nasional (Basrnas), M Syaugi yang dipetik Tribun News mengesahkan penemuan berkenaan dalam satu sidang media.
“Apabila tiba di lokasi anggota kami menemui pelampung, bagasi, telefon bimbit dan cebisan mayat manusia dipercayai mangsa kemalangan ini.
“Kami turut menemui serpihan pesawat yang hancur,” katanya.
Pesawat Lion Air JT 610 terhempas di sekitar perairan Daerah Karawang beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di Bangka Belitung pada pagi tadi.
Semua 188 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boieng 737 itu dipercayai terbunuh dalam nahas berkenaan.
Sumber: Harian Metro[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
445