Info SemasaKenyataan Media

TENTERA GNA TEMBAK JATUH PESAWAT BAWA PELURU

TRIPOLI: Tentera Kerajaan Libya (GNA) yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menembak jatuh pesawat kargo mengangkut peluru untuk militia yang setia kepada komander Khalifa Haftar, lapor agensi berita Anadolu.

Kapal terbang itu ditembak sejurus sebelum ia mendarat di landasan berhampiran wilayah Tarhuna, selatan Tripoli, kata jurucakap Operasi Burkan Al-Ghadab GNA, Mohammed Kanunu, di Facebook.

Sejak Muammar Ghaddafi digulingkan pada 2011, dua kumpulan mengaku berkuasa di Libya dengan Haftar yang disokong Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memimpin militia dari timur Libya dan GNA di Tripoli.

Sejak tahun lalu, GNA diserang oleh pasukan Haftar menyaksikan lebih 1,000 terkorban.

Usaha antarabangsa bagi menguatkuasakan gencatan senjata sehingga kini masih gagal.

Sumber: Berita Harian / BERNAMA