SM EDAR BUBUR LAMBUK DI KUALA KANGSAR
23 April – Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Serantau Muslim turut membuat edaran bubur lambuk di daerah Kuala Kangsar.
Antara tempat yang menerima edaran bubur lambuk ini ialah Kampung Orang Asli (KOA) Kenang, Jalong Tinggi Sungai Siput.
Program ini merupakan anjuran NGO Serantau Muslim dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar.
Serantau Muslim berharap program ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada penduduk di sana dalam menjalani ibadah puasa.
413