Kenyataan Media

SERANTAU MUSLIM UCAP TAKZIAH TERHADAP KELUARGA MOHAMED MORSI

Serantau Muslim mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang berusia 67 tahun. Arwah bekas Presiden Mesir itu dilaporkan meninggal dunia semasa berada di dalam mahkamah semalam sejurus selepas satu sesi diadakan.

 

Serantau Muslim mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan berharap keluarga arwah tenang serta tabah menghadapi ujian ini.