
Serantau Muslim ucap Salam Nuzul AlQuran buat semua umat Islam
Buat makluman semua, peristiwa Nuzul Al–Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺ berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M.
Peristiwa tersebut berlaku sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.
Pada masa tersebut, 5 ayat pertama surah Al-‘Alaq telah diturunkan kepada Nabi Muhamad dan Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Semoga hari-hari kita terus dihiasi dengan kalam suci Allah SWT agar hidup kita tidak pudar dari hidayah-Nya.
25