SERANTAU MUSLIM TERUS KOMITED BANTU BINA SEMULA SYRIA
Serantau Muslim terus menggiatkan usaha bantuan kemanusiaan di Syria dengan pelbagai inisiatif untuk membantu mangsa konflik yang masih bergelut dengan kesukaran hidup.
Dalam perkembangan terbaru, Serantau Muslim dan rakan kerjasama di sana telah mengagihkan bekalan keperluan asas termasuk makanan siap dimasak, pemanas, bahan api, pakaian, selimut dan pek makanan kepada penduduk yang terjejas di beberapa kawasan di Syria seperti Idlib, Khan Shikon, Aleppo dan Manbij.
Selain bantuan segera, Serantau Muslim berhasrat untuk turut terlibat dalam usaha pembinaan semula infrastruktur asas di sana yang mana telah musnah akibat konflik. Program ini bertujuan membantu komuniti tempatan membina semula kehidupan mereka secara berperingkat.
Serantau Muslim menyeru orang ramai untuk terus menyokong usaha bantuan kemanusiaan ini memandangkan keperluan di Syria masih sangat-sangat diperlukan.